Artcube bawa seni kontemporari Malaysia ke persada global – BERNAMA , 29th nov 2013

Artcube_bernama

‘ARTCUBE’ Bawa Seni Kontemporari Malaysia Ke Persada Global

KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) — Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata hasil karya artis kontemporari Malaysia mendapat permintaan tinggi di persada antarabangsa.

Beliau berharap galeri seni terbaharu, Artcube, akan terus memperhebatkan seni kontemporari Malaysia ke arena global dan menjadikannya suatu industri sepenuhnya.

Beliau turut percaya industri berkenaan akan menjana hasil lebih tinggi dan menyumbang kepada ekonomi Malaysia.

Mohamed Nazri berkata demikian ketika melancarkan galeri seni berukuran 278.71 meter persegi itu yang terletak di The Intermark di sini malam ini.

Galeri itu yang mendapat bantuan kewangan daripada MyCreative Ventures Sdn Bhd, sebuah sayap pelaburan kerajaan untuk memacu industri kreatif Malaysia, menampilkan karya 17 artis Malaysia, antaranya Husin Hourmain dan Suhaimi Fadzir.

Sementara itu, pengarah Artcube Azhar Ahmad memberitahu Bernama galeri itu berharap untuk meningkatkan standard dan kesedaran tentang seni kontemporari serta menguruskan dokumentasi dalam kalangan artis Malaysia.

“Masyarakat semakin berubah, malah golongan kelas pertengahan turut menzahirkan penghargaan kepada seni kontemporari. Kita perlu menguar-uarkan dan seterusnya memacu industri ini,” katanya.

Artcube Set To Take Malaysian Contemporary Art To Global Arena

KUALA LUMPUR, Nov 28 (Bernama) — Most of Malaysia’s contemporary artists are very much in demand overseas, notes Tourism and Culture Minister Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

He said this was a good indicator for the art industry as it had been proven that successful commercial galleries could contribute towards the economy.

“For example, the (internationally-renowned) Gagosian Gallery (based in the United States, London, France, Italy, Greece, Geneva and Hong Kong) has an annual revenue of USD900 million (RM2.8 billion).

“Although we are still far off those figures, we are certainly seeing a lot more interest in our contemporary art,” he said when launching the city’s latest art gallery, Artcube in Jalan Tun Razak here Thursday night.

The 278.71 sq metre art gallery is located at The Intermark.

The gallery which received financial support from MyCreative Ventures Sdn Bhd, a government investment arm, to spur Malaysia’s creative industry, showcases the works of 17 Malaysian artists.

The artists include Husin Hourmain, Suhaimi Fadzir and Shooshie Sulaiman.

Meanwhile, Artcube co-founder and director Azhar Ahmad told Bernama that the gallery hoped to uplift the standard and awareness of contemporary art and manage the documentation amongst Malaysian artists.

“Society is changing and even the middle-class has shown appreciation towards contemporary art.

“We need to shout about it and spur the industry,” said the 37-year-old former biochemist from Sitiawan, Perak. The other co-founder is Fuad Salleh, also 37, who had quit his job as electrical engineer to venture into the contemporary art industry.

Comments are closed.