Gabungan pelukis hebat – HARIAN METRO, 6th dec 2013

Artcube_harianmetro

Gabungan pelukis hebat

Bagi meluaskan keterbukaan masyarakat terhadap dunia seni Malaysia, Galeri Artcube merevolusikan industri ini menerusi pameran pertama sempena pembukaan galeri itu di The Intermark, Jalan Tun Razak.

Pameran ‘Making The Mark’ adalah gabungan hebat pelukis berpengalaman dan muda dalam pelbagai campuran media.

Gabungan dua tenaga kerja pemilik bersama galeri terbabit, Azhar Ahmad dan Fuad Salleh mengetengahkan 17 pelukis terkenal bersama 24 karya.

Pameran itu berlangsung sehingga 20 Disember ini.


Hamir Soib menerusi The Will menggunakan akrilik dan bitumen di atas kanvas membawa frasa ‘Fabi-ayyi ala-i rabbikuma tukaththibani’ yang diambil daripada surah Ar-Rahman.


Kaligrafi Arab mengingatkan diri Hamir pada amanat arwah bapanya.

Shooshie Sulaiman yang popular di peringkat antarabangsa membawa karya tahun ini yang berjudul Purely Love: Leman & Meriam yang dihasilkannya ketika mengadakan siri pameran Sulaiman itu Melayu.

Karya ini sebagai penghormatan kepada arwah bapanya yang menjadi inspirasi sepanjang pengamatan Shooshie terhadap dunia sekeliling.

Karya Hello! Obama Speaking… memaparkan dua elemen yang ditonjolkan Ahmad Shukri Mohamed. Panel pertama menggambarkan situasi Obama bercakap di telefon namun dalam keadaan telinganya merah umpama Obama menahan diri daripada memarahi atau dimarahi.

Mohd Noor Mahmud menerusi karya Sekebun Bunga III dan Alun III mendekati seni tradisi kraf Kelantan. Bermula dengan Siri Imajan (1988) dan dua karya terbarunya membabitkan penggunaan habuk kayu.

Iqra’ antara hasil seni teragung Husin Hourmain yang membawa maksud ‘Bacalah!’.

Husin memang terkenal dalam seni kaligrafi Jawi.

Pameran ini turut membawa karya artis Fauzan Omar, Umibaizurah Mahir Ismail, Daud Rahim, Azad Daniel, Azrin Mohd, Mohd Fazli Othman, Dhavinder Singh, Fauzin Mustafa, Haslin Ismail, Masnoor Ramli, Suhaimi Fadzir dan artis patriotik, Zulkifli Yusof.

INFO 

Lokasi: Artcube Gallery, 3-10 & 3-13, Intermark Mall, The Intermark, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur

Tarikh: Sehingga 20 Disember ini

Masa: 11 pagi hingga 7 petang

Artis: 17

Karya: 24

Telefon: +603-2181 1787

FB: Artcube

→ read from Harian Metro 

 

 

 

 

 

 

Comments are closed.