Karya Setaraf Koleksi Muzium – Harian Metro, 11 April 2014

karya-setaraf_n5-110414

Karya kaligrafi Husin Hourmain pula menjadi rebutan selepas mengukir kejayaan cemerlang pada pameran solonya bertajuk Awal Hurouf, Asal Hurouf, tahun lalu.

Ketika itu, semua hasil seninya habis dijual pada malam pembukaan.

Karya lain ialah Layer Series Luminosity – Reproducing. Ia dihasilkan oleh pelopor seni kontemporari Malaysia, Fauzan Omar.

Hasil kerjanya bukan saja sukar didapati, malah lukisan daripada siri ‘Luminosity’ ini hampir mustahil untuk dihasilkan.

Pengaruh Fauzan Omar ke atas dunia seni kontemporari tidak hanya tertakluk kepada usaha kerasnya dalam hasil kerja medium campuran, tetapi turut menjadi mentor kepada ramai artis seperti Ahmad Shukri Mohamed dan Mohd Noor Mahmud.

Pengarah Artcube Sdn Bhd, Azhar Ahmad berkata, pihaknya menyedari bahawa industri seni kontemporari negara menunjukkan perkembangan pesat kebelakangan ini.

“Artis seni kontemporari negara bukan saja mencapai pengiktirafan tempatan, malah menyinar di pering­kat antarabangsa.

“Namun untuk mendapatkan hasil seni Ahmad Shukri, Husin Hourmain, Tan Chin Kuan, Eng Hwee Chu atau Zulkifli Yusoff amat sukar sekali,” katanya.

Berikutan itu kata­nya, Artcube memilih untuk mengetengahkan pasaran sekunder sebagai penyelesaian terbaik.

“Populariti pasaran sekunder kini semakin mening­kat naik disebabkan ramai pengumpul karya berhasrat merapatkan jurang koleksi mereka dengan karya lampau,” katanya.

-> read from Harian Metro

Comments are closed.