Artcube bawa karya kontemporari – KOSMO , 6th nov 2013

Artcube_kosmo

ARTCUBE bawa karya kontemporari

 Perkembangan seni kontemporari menular dalam diri pelukis-pelukis tempatan ditambah dengan kewujudan beberapa galeri yang mengangkat seni era baharu itu.

 Ia turut disokongdengan permintaan tinggi daripada penggemar-penggemar lukisan kontemporari di seluruh dunia. Pameran Lukisan Kontemporari Asia di Hong Kong, China pada bulan Mei lepas mencatatkan keuntungan sebanyak RM 7.3 juta, membuktikan seni kontemporari sebagai trend terkini dalam industri kreatif.

 Negara jiran, Indonesia turut melahirkan pelukis kontemporari yang menjadi bualan hangat seni lukis dunia. Antaranya, I Nyoman Masriadi yang menjadi pelopor seni kontemporari sejak pascapemerintahan Suharto.

 Lukisannya bertajuk The Man From Bantul (Final Round) Berjaya dilelong pada harga RM 3.3 juta dalam satu pameran di Hong Kong pada tahun 2008. Percaya karya-karya pelukis tempatan standing kualiti antrabangsa, menyakinkan Azhar Ahmad, 37, dan Fuad Salleh, 37, membuka galeri Artcube yang terletak di Pusat Beli – belah The Intermark, Kuala Lumpur.

Artcube ditubuhkan untuk mejadi landasan kepada pelukis-pelukis kontemporari tempatan bagi mempamerkan karya-karya mereka.

 “Di Malaysia, kita mempunyai ramai pelukis handalan dalam subjek kontemporari seperti Sooshie Sulaiman dan Abdul Muthalib Musa. Sehubungan itu, Artcube berhasrat menjadi pengantara untuk mereka ke peringkat yang lebih tinggi,” kata Azhar.

Bakal dirasmikan pada 20 November 2013, artcube mempamerkan nama-nama besar dalam lapangan seni lukis tempatan seperti Zulkifli Yusof, Mat Nor Mahmoddan Husin Hourmain.

Comments are closed.