SIRI RASA BERTUHAN – MINGGUAN MALAYSIA, 12 JAN 2014

Artcube_utusan

Siri Rasa Bertuhan

Karya seni pelukis Mohd Noor Mahmud berkait rapat dengan tradisi kraf Kelantan. Seni Kelantan memberi pengaruh kuat kepada kebudayaan Malaysia seperti batik, kain songket, pertukangan perak dan ukiran kayu. Pengaruh budaya kraf ini telah menajdi sebati digunakan oleh Mohd Noor dalam kerjayanya. Bermula dengan karya seni pertama beliau iaitu Siri Imaian (1988), Sekebun Bunga III (2013), Alun III (2013) dan karya terbaru, Siri Rasa Bertuhan yang mempersembahkan 99 nama Allah SWT.

Pameran ini dijangka akan diadakan pada Mac nanti di Galeri Artcube, The Intermark, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Jumlah karya yang dihasilkan kali ini adalah sebanyak 99 buah. Mohd Noor menghasilkan setiap satu nama Allah ke atas setiap helaian kanvas yang berukuran 5 x 5 kaki. Karya ini telah dimulakan prosesnya pada 2008 dan kerja yang memakan masa lima tahun ini akhirnya siap sepenuhnya pada tahun lalu.

Kontemporari

Mohd Noor telah meneroka penggunaan teknik kraf tradisional unutk membawa satu seni bertema kontemporari. Justeru beliau telah menggunakan campuran akrilik bersama habuk papan yang diletakkan keatas helaian kanvas.

Teknik ini digunakan bertujuan untuk memberi kesan yang lebih lembut ke atas karya serta dapat meggantikan teknik ukiran kayu yang lebih sukar.

Mohd Noor pertama kali menyedari teknik ini dalam karya Siri Gua yang merujuk kepada Gua Cha di Ulu Kelantan. Gua tersebut merupakan tapak arkeologi paling aktif dikaji di Semenanjung Malaysia dan peninggalan bahan-bahan artifak zaman Hoabhonians dan Neolitik telah ditemui di situ.

Tapak arkeologi paling aktif adalah tempat mayat Hoabhonians dan Neolitik ditemui dengan artifak mereka. Objek-objek yang terdapat dalam pengebumian kubur manusia seperti barang kemas, tembikar dan peralatan batu telah memberi ilham kepada artis ini untuk mengkaji bahan-bahan kasar seperti serbuk kayu untuk menjadi sebahagian bahan mentah karyanya.

Serbuk ini dicampur dengan gam untuk mendapat satu tekstur yang kasar dan mencapai kesan lapisan yang cantik.

Keajaiban teknik ini telah memberi satu hasil karya yang berkualiti kepada arca kanvas itu sendiri. Jika dilihat dari sudut tepi, jelas kelihatan beliau betul-betul teliti dalam penghasilan kerjanya kerana kerana helian kanvas diregang kemas dan permukaan elemen tiga dimensi menampakkan karya seni ini seperti bercahaya.

Comments are closed.